Nota Jutawan Nota Motivasi

Salam sejahtera semua,

Semalam semasa berada di MPH Mahkota Parade, Melaka saya telah membeli buku tulisan Ifran Khairi, seorang anak muda yang memperolehi untung bersih RM 1 juta dari modal awal RM500 ketika berusia 25 tahun.

Buku setebal 132 mukasurat dengan harga RM39.90. Buku ini padat dengan Tip Jutawan dengan ilustrasi dan mempunyai isi kandungan yang bagus. Muka hadapan tertulis kata-kata “menjadi Jutawan bukan mustahil!, satu langkah mudah boleh merubah masa hadapan anda!“.

Saya ke laman web Ifran Khairi: sedikit petikan dari belakang buku yang boleh disiarkan:

“Menjadi seorang jutawan merupakan impian semua orang. Membaca pengalaman seorang yang telah pun mencapai taraf jutawan ialah tindakan yang paling wajar.

Buku ini bukan tentang perniagaan Internet. Irfan Khairi berkata dia merancang untuk menjadi jutawan ketika berumur 18 tahun. 3 tahun kemudian barulah beliau berjumpa dengan perniagaan yang kebetulan melalui Internet. Katanya lagi “Sesiapa sahaja boleh menjadi jutawan.”

Anda juga. Anda boleh menjadi jutawan dalam bidang yang anda ceburi sekarang! Bagaimana? Buku penuh warna warni ini memberi senarai panduan dalam bentuk yang paling mudah berserta ilustrasi menarik!

Jika anda berhasrat memilikinya boleh mendapatkannya di MPH atau membuat pembelian secara online:

http://www.irfankhairi.com/blog/nota-jutawan-nota-motivasi/

Harap anda tidak ketinggalan mendapatkannya.




    Tinggalkan komen